SOALAN LAZIM ~ JRD

Soalan Lazim Pengguna Jamu Ratu Dara.

S : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?

J : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan.Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam.

 

S : Siapakah yang tidak boleh makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?

J : Mereka yang sedang menyusu bayi, sedang datang bulan dan mereka yang menghidap darah tinggi tidak di galakkan.

S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin / melahirkan?
J : Bagi orang yang baru melahirkan anak, boleh mengambil JRD pada hari ke-20 dalam pantang. JRD dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.
**Namun jika menyusu badan, tidak di galakkan / bergantung pd bayi. Mulakan dgn dos yg sedikit iaitu sebiji sehari. Jika bayi tidak serasi, berhenti.

 

S : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?
J : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri..

S : Boleh kah amalkan Jamu Ratu Dara jika saya masih menyusukan bayi?
J : Kami tidak mengalakkan pengambilan JRD semasa tempoh menyusu bayi. (Tetapi jika anda ingin mencuba juga, mulakan dengan dos yang sedikit. Sebiji sehari, dan lihat tindak-balas bayi. Jika bayi anda tidak serasi anda di nasihatkan berhenti)

S : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?
J : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yg telah dapat mengatasinya.

 

S : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?
J : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.

S : Adakah anak dara yang belum berkahwin boleh ke mengamalkan Jamu Ratu Dara?

J : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan bekeluarga)

S:Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?
J : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi JRD sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan 8 gelas air atau lebih dalam sehari.

 

S : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?

J : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri

yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.

**Tips – Amalkan memakan JRD 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5hari itu, cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama.. Suami anda pasti tersenyum..

PERINGATANTindak-balas dan testimoni adalah berbeza-beza mengikut individu dan keserasian badan masing-masing. Jika anda tidak biasa / tidak pernah makan jamu, mulakan dgn dos yang sedikit dahulu supaya badan anda tidak terkejut dengan tindak balas herba ini. Badan anda, anda yang tahu.. 😉

SOAL JAWAB ~ JRD

Soal Jawab Mengenai Jamu Ratu Dara @ JRD

Jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, ari-ari rasa berdenyut dan sakit, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas mengamalkannya. Antaranya :

  • Pening kepala.
    • Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan.Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong .Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus…
  • Mengantuk atau penat di peringkat awal pegambilan Jamu Ratu Dara.

    • Itu adalah tindak-balas pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Insya’Allah anda akan kembali normal dan segar selepas itu.
  • Keluar Keputihan yang banyak

    • Itu adalah normal.Teruskan makan JRD. Ianya adalah sebahagian dari proses pemulihan. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut.( Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan iniadalah berbeza bagi setiap individu). Pengambilan yang konsisten akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.
  • Sakit atau rasa berdenyut dibahagian ari2

    • Sakit ari2 tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim tersebut. Ini adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Jika rahim tidak sihat, muka pun kurang berseri.

FAKTA ~ GREEN FIT

Sihat, Langsing, Cantik & Muda dengan Green Fit

Sihat, langsing, cantik dan muda..saya percaya semua orang baik wanita mahupun lelaki pasti mendambakan ciri2 ini pada diri mereka. Mungkin anda boleh cuba minuman organik Green Fit. Bolehkah Green Fit jadikan kita sihat, langsing, cantik dan muda? Mungkin boleh kalau dilihat pada bahan2 yang ada di dalamnya.

Salah satu satu komponen dalam Green Fit ialah alfalfa. Rasanya semua orang tahu kelebihan alfalfa yang tinggi dengan protein, kalsium, mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin E dan vitamin K dan telah digunakan dalam dunia perubatan herba lebih 1500 tahun. Khasiatnya memang superb hingga tumbuhan ini digelar sebagai “bapa segala makanan”. Carilah di Internet, memang banyak artikel tentang alfalfa. Selain untuk merawat penyakit2 dan mengatasi masalah penghadaman yang paling menarik hati ialah alfalfa ini dikatakan mujarab untuk awet muda. Dikatakan juga alfalfa boleh menambahkan air susu ibu, merawat keputihan dan juga membantu dalam hubungan suami isteri serta mengatasi masalah nafas dan badan berbau.

Spirulina..semua orang tahu akan khasiat spirulina. Seperti alfalfa, spirulina juga kaya dengan pelbagai zat yang membolehkannya untuk membersihkan darah serta membuang toksin dalam badan. Spirulina juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan; jadi dapatlah membantu mereka yang ingin mengawal berat badan. Fungsi lain ialah seperti meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan kolestrol jahat.

Komponen lain dalam Green Fit ialah aloe vera. Keberkesanan aloe vera terutamanya untuk kecantikan kulit dan rambut memanglah cukup popular malahan Cleopatra, ratu Mesir terkenal itu juga dikatakan menggunakan aloe vera untuk kecantikan kulit dan rambutnya. Aloe vera dikatakan mampu merangsang penghasilan kolagen yang baik untuk mengekalkan kemudaan pada kulit (..awet muda lagi). Sebenarnya bukan setakat itu sahaja kebaikan aloe vera. Tumbuhan ini juga dikatakan dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang merupakan punca kepada masalah sukar menghadamkan makanan.

Oligosakarida pula bermanfaat dalam pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Rangsangan pertumbuhan bakteria baik ini memberi kesan fisiologikal seperti melindungi reputan gigi, mengurangkan keletihan, meningkatkan peristalsis usus, mencegah sembelit, mempertingkatkan keimunan dan keracunan makanan.

Lain2 komponen yang ada dalam Green Fit ialah fiber iaitu lignin(terdapat dalam batang, kulit dan daun sayur2an), serbuk gandum, rumput gandum, serbuk epal dan sekam benih silium. Fiber atau serat memang tidak boleh dinafikan sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghindari sembelit, menurunkan kolestrol serta bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana serat membuatkan anda rasa kenyang.

Sekiranya diperhatikan kebanyakan khasiat Green Fit ini bertumpu di perut dan usus. Perut itukan punca datangnya penyakit; we are what we eat. Jadi isilah perut anda dengan benda2 yang menyihatkan.

Kesan meminum Green Fit ini pula ialah anda akan membuang isi perut anda dengan mudah (tidak sembelit) dan najisnya pula lembut. Apabila toksin dan benda2 tidak berguna sudah dinyahkan dari tubuh anda, nah dari situlah datangnya kesan sihat, langsing, cantik dan muda tadi.

Green Fit ni kalau dibancuh warnanya hijau pekat. Saya fikir rasanya tentu pahit. Tetapi saya silap rupanya minuman ini rasanya sedap terutama sekali bila dibancuh dengan air sejuk (bak kata orang rasa sekali pasti nak lagi). Minuman ni memang sesuai sangat untuk orang yang tidak berapa gemar makan sayur. Orang yang makan sayur pun boleh juga minum Green Fit kerana belum tentu jumlah sayuran yang anda ambil setiap hari mencukupi. Yang penting pastikan dulu anda tidak mempunyai alahan dengan sebarang tumbuhan yang ada dalam Green Fit dan jangan lupa banyakkan minum air putih ya..

Percaya atau tidak, kini mak saya pun telah jatuh cinta dengan Green Fit..

Selamat sihat, langsing, cantik dan muda dengan Green Fit 🙂

FAKTA – FC BIO SANITARY PAD

DIOXIN…..

Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Pernahkah anda membaca artikel mengenainya? Saya yakin ramai yang masih tidak tahu berkenaan ancaman kesihatan terbaru ini di Malaysia. Percayakah anda hampir 95% semua masalah wanita pada masa ini adalah berpunca dari masalah Dioxin ini? Saya akan merungkapkan satu persatu apa yang dimaksudkan dengan Dioksin tersebut dan dari mana datang punca ancaman terbaru ini. Sebelum saya pergi lebih jauh pernahkah anda mengalami masalah ini: 

* Senggugut
* Keputihan
* Kegatalan bahagian faraj
* Kitaran haid yang tidak menentu
* Sakit belakang ketika haid
* kekuningan
* Ruam
* Trichomoniasis
* Genital warts (Ketuat)
* Faraj berlendir / berbau
* Endometriosis


Hasil kajian saya daripada 100 orang wanita yang saya jumpa, 95% daripadanya mengalami salah satu masalah yang saya sebutkan di atas. Adakah pada anda perkara sedekian menjadi lumrah kepada anda? Pernahkah anda terfikir perkara ini adalah perkara biasa yang setiap wanita mengalaminya? Jawapannya adalah TIDAK.

Mengapa saya menyatakan perkara ini adalah perkara yang tidak sepaututnya terjadi kepada setiap wanita?
“Sedarlah wahai setiap kaum hawa bahawa perkara yang dianggap biasa sebenarnya adalah gejala awal kepada permasalahan yang lebih besar iaitu KANSER SERVIK & PAYU DARA”


 

Perkara ini adalah serius untuk diperkatakan akan tetapi ia diambil mudah oleh semua orang. Ini kerana sikap kita yang lebih suka dah terkena baru hendak berubat. Banyak artikel telah menyatakan kebimbangan dengan masalah yang melanda setiap wanita di negara kita. Lihat keratan akhbar yang membicarakan tentang masalah tersebut.


Percaya atau tidak, semua bergantung pada diri anda.. All choice in your hand…