FAKTA ~ GREEN FIT

Sihat, Langsing, Cantik & Muda dengan Green Fit

Sihat, langsing, cantik dan muda..saya percaya semua orang baik wanita mahupun lelaki pasti mendambakan ciri2 ini pada diri mereka. Mungkin anda boleh cuba minuman organik Green Fit. Bolehkah Green Fit jadikan kita sihat, langsing, cantik dan muda? Mungkin boleh kalau dilihat pada bahan2 yang ada di dalamnya.

Salah satu satu komponen dalam Green Fit ialah alfalfa. Rasanya semua orang tahu kelebihan alfalfa yang tinggi dengan protein, kalsium, mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin E dan vitamin K dan telah digunakan dalam dunia perubatan herba lebih 1500 tahun. Khasiatnya memang superb hingga tumbuhan ini digelar sebagai “bapa segala makanan”. Carilah di Internet, memang banyak artikel tentang alfalfa. Selain untuk merawat penyakit2 dan mengatasi masalah penghadaman yang paling menarik hati ialah alfalfa ini dikatakan mujarab untuk awet muda. Dikatakan juga alfalfa boleh menambahkan air susu ibu, merawat keputihan dan juga membantu dalam hubungan suami isteri serta mengatasi masalah nafas dan badan berbau.

Spirulina..semua orang tahu akan khasiat spirulina. Seperti alfalfa, spirulina juga kaya dengan pelbagai zat yang membolehkannya untuk membersihkan darah serta membuang toksin dalam badan. Spirulina juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan; jadi dapatlah membantu mereka yang ingin mengawal berat badan. Fungsi lain ialah seperti meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan kolestrol jahat.

Komponen lain dalam Green Fit ialah aloe vera. Keberkesanan aloe vera terutamanya untuk kecantikan kulit dan rambut memanglah cukup popular malahan Cleopatra, ratu Mesir terkenal itu juga dikatakan menggunakan aloe vera untuk kecantikan kulit dan rambutnya. Aloe vera dikatakan mampu merangsang penghasilan kolagen yang baik untuk mengekalkan kemudaan pada kulit (..awet muda lagi). Sebenarnya bukan setakat itu sahaja kebaikan aloe vera. Tumbuhan ini juga dikatakan dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang merupakan punca kepada masalah sukar menghadamkan makanan.

Oligosakarida pula bermanfaat dalam pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Rangsangan pertumbuhan bakteria baik ini memberi kesan fisiologikal seperti melindungi reputan gigi, mengurangkan keletihan, meningkatkan peristalsis usus, mencegah sembelit, mempertingkatkan keimunan dan keracunan makanan.

Lain2 komponen yang ada dalam Green Fit ialah fiber iaitu lignin(terdapat dalam batang, kulit dan daun sayur2an), serbuk gandum, rumput gandum, serbuk epal dan sekam benih silium. Fiber atau serat memang tidak boleh dinafikan sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghindari sembelit, menurunkan kolestrol serta bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana serat membuatkan anda rasa kenyang.

Sekiranya diperhatikan kebanyakan khasiat Green Fit ini bertumpu di perut dan usus. Perut itukan punca datangnya penyakit; we are what we eat. Jadi isilah perut anda dengan benda2 yang menyihatkan.

Kesan meminum Green Fit ini pula ialah anda akan membuang isi perut anda dengan mudah (tidak sembelit) dan najisnya pula lembut. Apabila toksin dan benda2 tidak berguna sudah dinyahkan dari tubuh anda, nah dari situlah datangnya kesan sihat, langsing, cantik dan muda tadi.

Green Fit ni kalau dibancuh warnanya hijau pekat. Saya fikir rasanya tentu pahit. Tetapi saya silap rupanya minuman ini rasanya sedap terutama sekali bila dibancuh dengan air sejuk (bak kata orang rasa sekali pasti nak lagi). Minuman ni memang sesuai sangat untuk orang yang tidak berapa gemar makan sayur. Orang yang makan sayur pun boleh juga minum Green Fit kerana belum tentu jumlah sayuran yang anda ambil setiap hari mencukupi. Yang penting pastikan dulu anda tidak mempunyai alahan dengan sebarang tumbuhan yang ada dalam Green Fit dan jangan lupa banyakkan minum air putih ya..

Percaya atau tidak, kini mak saya pun telah jatuh cinta dengan Green Fit..

Selamat sihat, langsing, cantik dan muda dengan Green Fit :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: